Sabda
Nabi s.a.w: “Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya
akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim).
![]() |
| Kayu Sugi saya =) |
Perkataan siwak dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab, saka yang bermaksud membersihkan gigi. Selain perkataan siwak, perkataan miswak juga digunakan bagi membawa maksud yang sama. Manakala dalam bahasa Inggeris, perkataan siwak diterjemahkan sebagai chewing stick.
Imam al-Sun‘ani dan Imam al-Nawawi menyatakan bahawa siwak ialah penggunaan sebatang kayu atau yang sejenis dengannya pada gigi untuk menghilangkan kekuningan (sisa makanan yang terlekat pada gigi)
Imam Abu Daud, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan ayah Miqdam bin Syarih ada mengatakan, yang dia bertanyakan kepada Aisyah, apakah yang dilakukan Rasulullah pertama sekali jika memasuki rumah: Jawab Aisyah, “Bersugi (bersiwak)
Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa "solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat tanpa bersugi" dan "hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi kerana bersugi mempunyai 10 faedah".
KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT ISLAM
Al-Sharbini menyebut di dalam kitab Mughni al-Muhtaj bahawa siwak dapat
- membersihkan mulut,
- mendapat reda Allah,
- memutihkan gigi,
- mengelokkan ketawa,
- menguatkan tulang belakang,
- menuatkan gusi,
- melambatkan tua (uban),
- mengelokkan akhlak,
- menajamkan kebijaksanaan,
- menambah pahala,
- memudahkan nazak,
- mengingatkan syahadah ketika hampir mati.
Menurut
Ibn al-Nafis, keistimewaan menggunakan siwak dari kayu al-Arak ialah
jika diguna secara sederhana ia akan memutihkan gigi, menguatkan tulang,
menghindar dari berlubang dan mengelokkan
ketawa.
Malah
Ibn al-Qayyim menambah lagi iaitu siwak, melancarkan lidah,
menjernihkan otak, membuka selera dan apa yang baik ialah menggunakannya
dengan air mawar.
Manfaat
lain ialah membersihkan mulut, menguatkan gusi, menghilangkan
kahak, menerangkan penglihatan, menyihatkan perut, memerdukan
suara, membantu dalam penghadaman makanan, melancarkan
percakapan, mencergaskan bacaaan zikir dan solat, menghindar
mengantuk, mendapat keredaan Allah, menakjubkan malaikat, mendapat
banyak kebaikan dan lain-lain lagi.
Diringkaskan, kebaikan Bersugi/ Siwak adalah:
- Membersihkan mulut.
- Mendapat keredhaan Allah.
- Tidak disukai syaitan.
- Allah dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.
- Mengharumkan mulut.
- Menguatkan gusi.
- Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).
- menghilangkan kahak.
- Menguatkan pandangan mata dan
- Menghilangkan bau busuk mulut.
![]() |
| Kalau nak tau, inilah pokok Sugi =) |
KEBAIKAN BERSUGI DARI SUDUT SAINS
Pakar
sains kesihatan moden termasuk dari barat memperakui amalan bersiwak
paling baik dalam memantapkan kualiti kesihatan diri. Kajian dilakukan
sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan
yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan
gigi.
Dr Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara mencegah serangan strok dan penyakit jantung.
Kajian itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan
itu boleh memudaratkan seseorang dan meningkatkan risiko diserang
penyakit jantung.
Selain itu, kelebihan - kelebihan bersugi dari sudut Sains:
- Penggunaan kayu sugi mampu mengurangkan kadar bakteria berbanding penggunaan berus gigi
- Berkesan menghapuskan plak berbanding berus gigi
- Mempunyai Antibakteria asid yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah infeksi dan menghentikan pendarahan pada gusi
- Mempunyai Minyak aroma yang memiliki rasa dan bau yang segar malah menjadikan mulut menjadi harum dan menghilangkan bau yang kurang sedap.
- Mengandungi Enzim yang mencegah pembentukan plak yang menyebabkan radang gusi. Plak juga menjadi penyebab utama tanggalnya gigi secara pramatang.
- Mengandungi Antidecay agent (zat anti pembusukan) yang menurunkan jumlah bakteria dalam mulut dan mencegah proses pembusukan.
- Merangsang pengeluaran air liur yang lebih, di mana ia merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.
Jelasnya, siwak merupakan berus semula jadi yang Allah ciptakan untuk manusia. Penggunaan siwak bukan saja baik untuk kesihatan, tetapi ia juga ekonomik dan sesuai digunakan oleh seisi keluarga pada bila-bila masa. Ia adalah berus gigi yang ideal anugerah Allah, yang berbeza dengan sebarang jenis berus gigi ciptaan manusia.
“Bersiwaklah
(dalam berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan
sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan itu
membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.”
(Hadis riwayat at-Tabrani)












